Social Icons

Pages

Thursday, 22 November 2012

Justin Bieber Diramas Punggung Dan Dicabul Model Playboy


 CUKUP menarik perhatian pada acara American Music Awards (AMA), baru-baru ini, model majalah Playboy, Jenny McCarthy sempat meraba punggung penyanyi kacak, Justin Bieber sewaktu menyampaikan trofi kepadanya.
Ditugaskan menjadi penyampai trofi untuk kemenangan album Justin iaitu Believe menerusi kategori Album Pop/Rock, Jenny mengaku tidak dapat menahan dirinya untuk menyentuh bahagian belakang penyanyi remaja berkenaan yang dirasakan seksi.






“Memang saya ada menyentuh punggungnya kerana saya geram. Dia sangat menghairahkan,” ujarnya tanpa berselindung sewaktu mengulas kejadian itu di belakang pentas.

Model berusia 40 tahun itu juga sempat mencium leher Bieber yang turut membawa pulang anugerah Artist of The Year itu sewaktu memberikan trofi berkenaan.

Komen Bieber sambil bergurau, dia rasa seperti dicabul!

Penyanyi lagu hit Boyfriend itu ditemani ibunya, Pattie Mallete pada acara itu.

Sementara itu, Bieber dilihat memegang tangan Selena Gomez sekalipun dikatakan sudah berpisah dengan penyanyi comel itu.

No comments:

Post a Comment