Social Icons

Pages

Tuesday, 9 October 2012

Hanez respon isu foto berpeluk, usah bangkit cerita lama


 
 
Lumrah kehidupan bagi seorang artis, pasti tidak terlepas dari dihimpit kontroversi apabila seseorang selebriti tersebut kian popular. Segala hal ehwal kisah silam pasti diketengahkan balik untuk menjatuhkan nama baik artis tersebut. Apatah lagi jika isu tersebut adalah dari sisi negatif mereka. Baru semalam disiarkan laporan ‘Hanez Suraya mohon maaf,  tak sombong pada Amy Search‘ ekoran sindirian sinis lagenda rock tanahair tersebut.
Kini isu silam pelakon Hanez Suraya diperbesarkan semula di beberapa di laman sesawang internet apabila beberapa foto kolajnya yang berparti dan beberapa lagi gambar lama yang pernah menjadi kontevesi disebar semula. Namun artis wanita ini optimis serta tidak cepat melatah malah memberi penjelasan dengan tenang tatkala ditembak dengan pelbagai soalan ketika berlangsungnya pelancaran drama Dalam Hati Ada Taman bertempat di Ampwalk, semalam.
“Isu ini sudah lama, kan dulu saya pernah mengaku? itu zaman muda dahulu, baru nak kenal dunia, nak kan hiburan. Kenapa isu ini perlu dibangkitkan sedangkan Hanez sudah berubah?”
katanya yang yakin ianya adalah salah satu ‘recycle’ kontroversi bagi membusukkan namanya dan merosakkan hubungannya bersama penyanyi terkenal Awi Rafael.
Tambahnya lagi, “Hubungan kami menjadi semakin akrab, malah isu itu tak menggangu hubungan kami.”
Menempah nama seawal usia 18 tahun lagi dalam industri hiburan cukup membuktikan bahawa beliau mampu berdiri teguh dengan pelbagai kontroversi yang ditimbulkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Malah, beliau turut berpesan kepada mana-mana individu yang iri hati dengan hubungan dan kerjaya beliau agar berhenti daripada berbuat demikian.
Tambah beliau, “ Jika kami (Hanez Suraya dan Awi Rafael) pernah melakukan kesilapan, maafkanlah kami. Jika jodoh saya bersamanya (Awi Rafael), adalah. Kalau tak ada jodoh, maka tak adalah.”

No comments:

Post a Comment