Social Icons

Pages

Wednesday, 10 October 2012

(Gambar) Aksi ringan-ringan Liyana Jasmay bersama tunang di New York pula..


Heh..! Bukan sengaja kami memberikan tajuk 'ringan-ringan' untuk melariskan entry. Cuma memang kenyataannya begitu, mereka meringan-ringankan kaki menjelajah kota New York.
Mengintai sejenak laman Instagram penyanyi serta pelakon, Liyana Jasmay, 24 yang kelihatan happy-go-lucky menghabiskan masa lapang menjelajah lokasi-lokasi menarik di New York seperti Central Park, Statue Of Liberty, dan Avenue of the Americas.
Apatah lagi, jikalau kunjungan itu turut diserikan dengan kehadiran tunang pada akhir September lalu, pasti seronok, kan?
Pelantun lagu Cinta Bersatu ini difahamkan sedang sibuk menjalani kursus lakonan & pengarahan di New York Film Academy. Liyana Jasmay tidak keseorangan, dia turut ditemani oleh ibunya sepanjang 6 bulan pengajiannya di sana.
Hmm..dasyat artis kita sekarang ni...


Sebaik sahaja tamat pengajian pada bulan Januari tahun depan, dia akan melangsungkan majlis perkahwinan bersama Fathuddin Mazlan, seorang ahli perniagaan berusia 28 tahun.

No comments:

Post a Comment