Social Icons

Pages

Friday, 12 October 2012

Akibat memadu asmara dengan bini orang,Pembunuh Kejam Rakyat Malaysia di MELBOURNE














by Harian Malaya on 13 October, 2012 Pembunuh Kejam Rakyat Malaysia Di Rasuk Syaitan MELBOURNE – Seorang lelaki warga Indonesia yang mengaku membunuh kekasih isterinya dengan kejam, mendakwa ‘dirasuk syaitan’ pada hari kejadian. Hazairin Iskandar, didapati bersalah membunuh rakyat Malaysia Mohd Shah Saemin, memberitahu Mahkamah Agung New South Wales hari ini bahawa dia sedar telah melakukan ‘satu dosa yang tidak terampun dalam Islam’, lapor Australian Associated Press (AAP).

Mayat Mohd Shah Saemin Semasa di Mahkamah, di depan Hakim David Daviesazairin turut memohon maaf daripada keluarga mangsa yang berasal dari Melaka. Mohd Shah, 43, merupakan seorang pemandu di Konsulat Malaysia, meninggal dunia selepas diserang Hazairin dan anak lelaki tertuduh, Andrew di luar pangsapuri mangsa di Leichhardt, Sydney pada malam 21 Feb 2010. Andrew telah didapati bersalah dan dihukum penjara 18 tahun kerana pembabitannya dalam pembunuhan itu. Hazairin juga memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia memaksa anaknya membunuh Mohd Shah.

 Peguam James Trevallion kemudian bertindak menyoal sama ada Hazairin berbohong untuk menyelamatkan anaknya, yang mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu. Hazairin berkata Andrew, yang gemar bersendirian serta tidak mempunyai rakan, dia berasa marah kepada dirinya sendiri kerana telah melibatkan anaknya dalam jenayah tersebut.

 “Saya mencium kakinya dan memohon ampun kepadanya,” katanya. Dalam perbicaraan kes itu, mahkamah mendengar keterangan bahawa Hazairin menikam Mohd Shah sekurang-kurangnya empat kali pada bahagian atas badan dengan sebilah pisau manakala anaknya membelasah mangsa berulang kali dengan tukul. Dua beranak itu menyerang Mohd Shah selepas mengetahui isteri Hazairin iaitu Nita Iskander mempunyai hubungan sulit dengan mangsa. Pendengaran hukuman bersambung esok.

No comments:

Post a Comment